Jam menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari, mata terasa berat,
kepala berpusing,pandangan menjadi kabur, fikiran tumpul dan susah untuk focus.
Segala kerja mejadi lembap dan tidak menjadi. Badan memberi isyarat untuk lena
seketika. Nak tidur? Pernah kah anda mengalami semua ini?
Selepas
terlena sekejap rakan anda kejutkan anda, anda panik dengan kerja yang
berlambak hendak disiapkan.
Tetapi tiba-tiba badan berasa seperti
dicas semula. Fikiran yang tadi tumpul menjadi tajam dan gerakan kembali
lincah. Kerja-kerja anda disiapkan dengan lebih pantas. Ya inilah kesan
daripada anda tidur sekejap.
Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib (2011) dalam artikelnya beliau mengatakan
“Sesungguhnya amalan tidur sebentar di siang hari mempunyai manfaat yang sangat
besar untuk kita amalkan. Ia Nampak ringkas, sekadar tidur beberapa minit,
tetapi manfaatnya amat besar sekali”
Hari ini saya ingin berkongsi manfaat
tidur sekejap di waktu siang hari dan sekaligus mengajak anda untuk melakukan
aktiviti ini.
Pertama sekali, tidur sekejap di waktu
tengah hari boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti otak kita.
Jika tidur sekejap ini dilaksanakan,
kita seolah-olah mengecas semula tenaga dalam badan kita. Badan akan kembali
mejadi aktif dan dapat meneruskan kerja seperti biasa.
Fokus kita pada sesuatu kerja juga
akan menjadi lebih tajam dan banyak idea-idea baru dapat dihasilkan. Bagaimana
ianya terjadi?
Mengikut kajian yang dibuat Dr. Farhan
Hadi salah seorang pegawai perubatan di Jabatan Pembendahan Am Hospital
Selayang, badan kita sebenarnya mempunyai biological rhythm atau
pusingan biologi. Sistem ini dikawal oleh hormon-hormon didalam badan kita.
Hormon inilah yang menyebabkan kita
mengantuk dan bertenaga. Sebagai contoh, tubuh kita mengeluarkan hormone
melatonin dalam jumlah yang banyak pada waktu malam dan menyebabkan kita merasa
mengantuk. Apabila kita sedar pada waktu pagi hormon ini sudah berkurangan.
Hormon kortisol pula akan meningkat
yang menyebabkan tubuh kita menjadi aktif. Dan ini lah waktu yang baik untuk
kita bekerja atau belajar.
Apabila masuk waktu tengah hari,
hormone kortisol ini akan berkurangan dan hormone melatonin pula akan meningkat
menyebabkan badan kita semakin letih dan mengantuk. Inilah dipanggil pusingan
biologi. Jadi tidur sebebtar amat berguna pada waktu tengah hari untuk mengembalikan
tenaga kita.
Para saintis yang giat mengkaji
mengenai tidur merumuskan bahawa sekurang-kurangnya lapan manfaat tidur pada
waktu tengah hari.
Selain meningkatkan kecekapan dan
produktiviti, ianya juga membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan
belajar.
Selain itu, daya
ingatan juga akan bertambah baik dan meningkatkan kemampuan belajar. Ini
terdorong dari minda yang kreatif.
Tidur di waktu tengah hari juga akan
menghilangkan rasa mengantuk ketika belajar atau bekerja.
Kedua, amalan tidur sekejap ini juga adalah baik untuk kesihatan. David F. Dingnes dan Robert J.
Broughton menjumpai bahawa tidur di waktu tengah hari berisiko rendah mendapat
serangan jantung.
Bagi mereka yang mengamalkan tidur
selama 30 minit pada waktu siang mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat
serangan jantung berbanding orang lain.
Pakar tidur dari Cornell University,
Dr James Maas mengatakan bahawa tidur pada waktu tengah hari sekadar 15 hingga
20 minit mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Lebih menarik lagi, kajian saintis
selama 25 tahun keatas pekerja-pekerja di Negara industry tentang tidur sekejap
ini membuktikan 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur sekejap pada waktu siang
mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.
Tidur sekejap juga adalah Sunnah
Rasulullah s.a.w. Islam sebenarnya telah lama mengajar umatnya tentang
tidur sekejap ini. Bahkan ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.
yang disebut sebagai qailulah.
Qailulah ialah perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud tidur
sebentar pada waktu tengah hari.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud : “Lakukanlah qailulah kerana sesungguhnya syaitan itu
tidak melakukan qailulah.”(Riwayat al-Tabarani)
Dalam kitab
Misykat al-Masabih juga ada menyebutkan mengenai sunnah Rasulullah s.a.w.
mengenai qailulah : “Tidur yang sedikit pada waktu siang hari tidaklah keji.
Rasulullah s.a.w. ada melakukannya.”
Jadi ianya tidak salah untuk dilakukan
dalam Islam. Sebagai pelajar ataupun pekerja rasanya tidur sebentar di waktu tengah hari
tidaklah merugikan malah ianya menguntungkan. Bukan sahaja dapat mengembalikan
tenaga, tetapi ianya adalah ganjaran pahala.
Sesungguhnya
amalan Sunnah ini rupa-rupanya mempunyai manfaatyang sangat besar untuk kita
amalkan.
Ia nampak
ringan, sekadar tidur beberapa minit sahaja tetapi manfaatnya amat besar
sekali.
Rasulullah s.a.w telah mengajar kita cara yang paling
baik untuk memulihkan tenaga kita dan meningkatkan kecergasan badan. Jika anda
berkesempatan lakukanlah amalan sunnah ini.
Akhir
sekali sebaik-baiknya lakukanlah amalan sunnah ini sebelum waktu Zuhur dan
bangun sebelum tergelincir matahari untuk menunaikan solat Zuhur.
Dalam sesetengah
masyarakat, tidur pada waktu siang dianggap satu perlakuan orang yang malas dan
ianya tabiat yang buruk.
Di Negara maju seperti Amerika Syarikat mereka mengkritik perkara ini kerana
tidak mendatangkan keuntungan kerana bagi mereka masa adalah duit. Namun sejak
kebelakangan ini mereka mula sedar akan kepentingan tidur seketika pada waktu
siang. Jadi ianya satu amalan yang sihat untuk dilakukan dan ianya Sunnah
Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment