Bagaimana Untuk Mengetahui Seseorang Lelaki Sukakan Anda




 1. "Eye Contact". Jika seseorang lelaki melihat anda secara kerap, mungkin 4,5 kali dalam masa yg singkat, itu menandakan yang lelaki itu menaruh minat kepada anda. (Melainkan ada yang tidak kena pada pakaian atau diri anda.


2. Didalam kelas, biasanya lelaki yang sukakan anda akan duduk berhampiran dengan anda. Tetapi ada juga sesetengah lelaki terlalu malu untuk berada dekat dengan anda.

3. Lelaki akan gementar dan mungkin berpeluh apabila cuba berbual dengan anda buat kali pertama.

4. Kalau anda berada dalam masalah, si dia akan berusaha memperbetulkan dan menyelesaikannya.

5. Mereka akan menceritakan tentang kecantikan anda kepada rakannya walaupun anda tidak lah secantik manapun dan akan memarahi rakannya yg tidak setuju dengannya.

6. Tiada kata-kata anda yang salah baginya.

7. Jika si dia tidak mengetahui lokasi rumah anda, si dia akan mengekori anda pulang ke rumah tanpa anda sedari.

8. Biasanya mereka akan buat kajian tentang apa yg anda suka dan apa yang anda tidak suka.

9. Akan cuba buat kejutan kepada anda.

10. Sebab utama si dia pergi ke sekolah/kelas/pejabat semata-mata untuk melihat anda.


No comments:

Post a Comment

MUST READ