Lelaki diburu polis serah diri kerana Saiful Apek
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.
Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.
Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MUST READ
-
Seperti hari-hari biasa, Julia bangun awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Gadis manja yang berusia 16 tahun itu merupakan anak tungga...
-
Dan di bawah ini sukacita untuk aku berkongsi dengan sesiapa yang sudi "menerima kongsi" aku dan kepada yang terbaca "kek...
-
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK - Rokok Berasal Daripada Air Kencing Iblis dan Syaitan Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak aka...
-
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan dan peluang untuk mencari keredhaan Allah swt. Saya i...
-
Semua orang mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri terutamanya yang sudah berkeluarga. Dengan kos tanah dan bina rumah semakin meningkat, ...
minat gile die kat saiful apek tu
ReplyDeletewuahhh biaq tol ni!!! dahsyat tol aura apek ni hihihi...
ReplyDeleteamboi sampai camtu sekali..
ReplyDeletedasyat penagan saiful apek.. respect!
ReplyDelete