Lelaki diburu polis serah diri kerana Saiful Apek
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.
Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.
Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MUST READ
-
Bloglist Puteri Kasih 2013 . Mula-mula baca benda ni terfikir pulak, ape ke benda bloglist ni? Nak kata baru berblog dah lama dah aku m...
-
Tahun 2025 makin mencabar, Nak kahwin pun duit cukup2 je, nak tempah itu ini semuanya mahal.. Jangan risau jom kami bantu merakam hari bah...
-
Berikut adalah JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2017 BAGI PASUKAN KELANTAN THE RED WARRIORS
-
Hari Ini di Malaysia, apa yang sedang kita lakukan? masih sibuk memikirkan juadah berbuka puasa dan bersahur? Atau dah berkira-kira nak mem...

minat gile die kat saiful apek tu
ReplyDeletewuahhh biaq tol ni!!! dahsyat tol aura apek ni hihihi...
ReplyDeleteamboi sampai camtu sekali..
ReplyDeletedasyat penagan saiful apek.. respect!
ReplyDelete