Lelaki diburu polis serah diri kerana Saiful Apek
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.
Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.
Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MUST READ
-
Status di Facebook ini yang tersebar membuatkan orang ramai terkejut..
-
Siapakah disebalik nama Sayyed Muhammad ? Sayyed seorang manusia yang memiliki kekuatan yang sangat menakjubkan. Dengan keizinan Allah SW...
-
Tahun 2025 makin mencabar, Nak kahwin pun duit cukup2 je, nak tempah itu ini semuanya mahal.. Jangan risau jom kami bantu merakam hari bah...
-
TEKAN BUTANG PLAY try another link if problem
-
Seperti hari-hari biasa, Julia bangun awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Gadis manja yang berusia 16 tahun itu merupakan anak tungga...

minat gile die kat saiful apek tu
ReplyDeletewuahhh biaq tol ni!!! dahsyat tol aura apek ni hihihi...
ReplyDeleteamboi sampai camtu sekali..
ReplyDeletedasyat penagan saiful apek.. respect!
ReplyDelete