Tips Memilih Jurugambar Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Pakej wedding photography murah kelantan


Jurugambar perkahwinan adalah profession yang sangat berisiko. Detik majlis perkahwinan anda tidak boleh diulangi. Adalah menjadi tanggungjawab berat untuk jurugambar menghasilkan gambar yang berkualiti dan cantik semasa majlis berlangsung.


wedding photographer malaysia Pelamin bridal kelantan

Sehebat manapun photographer, jika tiada pengalaman mengendalikan majlis perkahwinan, amat sukar untuk mereka mengambil moment penting dengan hasil terbaik semasa majlis berlangsung. Harus diingat, majlis akan terus berlangsung tanpa boleh diulangi.
Pakej murah dan berpatutan Fotografi jurugambar majlis perkahwinan kelantan

Jangan kedekut untuk melantik jurugambar perkahwinan professional. Apa guna pelamin beribu ringgit, make-up lawa-lawa dan berhabis untuk majlis perkahwinan berpuluh ribu, tetapi gambar sebagai memori untuk disimpan tidak bermutu malah lebih kurang seperti tangkap menggunakan telefon sahaja.

Jadi amatlah penting untuk bakal-bakal pengantin berhati-hati dalam menilai dan melantik jurugambar untuk majlis perkahwinan anda kelak. Terutama untuk pakej foto kahwin yang terlampau murah, bakal pengantin jangan terkejut pula dengan hasil yang diterima. Nak menyesal sudah tidak berguna, majlis perkahwinan anda telah berlalu dan tidak dapat diulangi lagi!

Jadi disini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk bakal pengantin sebelum anda melantik jurugambar untuk majlis perkahwinan anda.

  1. Tetapkan Bajet
    Pertama sekali anda perlu tetapkan anggaran bajet untuk jurugambar didalam keseluruhan bajet perkahwinan anda bagi memudahkan urusan. Jangan terlalu berkira untuk letakkan bajet untuk jurugambar kerana mereka lah yang akan mengambil gambar pelamin beribu ringgit anda itu dengan cantik. Kalau pelamin murah atau make-up tak cantik pun boleh nampak cantik jika jurugambar itu betul-betul berpengalaman, kreatif dan professional.
  2. Survey Harga Pakej Fotografi Perkahwinan
    Kadar harga untuk jurugambar perkahwinan adalah berbeza mengikut tempat atau negeri. Kebiasaanya harga pakej penuh (Akad Nikah, Bersanding dan Outdoor) untuk dapatkan jurugambar professional dan berpengalaman adalah sekitar RM1500 dan keatas bergantung kepada jenis album, frame, bilangan gambar, bilangan jurugambar serta krew, kelengkapan, jarak tempat majlis dan lain-lain yang disediakan mereka. Harga jurugambar professional mungkin lebih murah jika anda hanya ingin pakej Shoot and Burn (Softcopy sahaja). Harga mereka juga mungkin lebih murah pada bukan hari cuti umum atau musim perkahwinan. Anda harus berhati-hati dalam memilih harga pakej RM1000 kebawah jika tidak mahu menyesal. Kalau dapat harga tersebut dengan gambar berkualiti anda mungkin bernasib baik atau mungkin kadar harga ditempat anda lebih murah.
  3. Lihat Hasil Gambar Jurugambar
    Minta dan lihat sebanyak mungkin hasil gambar dari photographer. Jangan tengok satu gambar je terus berkenan. Minta untuk lihat gambar semasa akad nikah, berarak, makan beradab, outdoor dan lain-lain bagi memastikan anda betul-betul berpuas hati dengan hasil mereka.
  4. Tanya Apa Yang Anda Dapat
    Tanya dan hadam betul-betul apa yang anda dapat dengan apa yang anda bayar. Tanya dan minta sekali gambar jenis album, frame dan lain-lain yang akan anda dapat sesuai dengan bayaran yang mereka tawarkan. Kalau boleh tanya sekali jurugambar tu dia kelakar ke tak. Kalau dapat jurugambar yang kelakar dan banyak cakap tu bonuslah. Senyuman anda nanti lebih natural dalam gambar. Jangan gelak sampai tak ingat dunia sudah.
  5. Buat Perbandingan
    Seterusnya bandingkan pakej-pakej yang telah anda survey dan buat pertimbangan sewajarnya sesuai dengan bajet anda.
    pakej fotografi perkahwinan wedding photgrapher
  6. Tanya Pendapat Rakan
    Kalau anda tidak yakin dengan taste anda sendiri, sewajarnya tanya rakan-rakan dan bagi mereka lihat hasil gambar jurugambar tersebut. Kalau semua cakap cantik, kira ok lah tu.

  7. Buat Tempahan Slot Seawal mungkin
    Ini Sangat Penting! Jangan sebulan dekat majlis baru nak cari photographer. Biasanya slot mereka akan penuh 2 bulan sebelum majlis. Terutama sekali semasa cuti umum atau musim orang kahwin. Cari awal-awal jurugambar anda, kalau boleh 3 bulan sebelum majlis sudah tempah slot dengan mereka. Dah tempah slot tu jangan nak cancel last minit pulak. Kesian jurugambar bila last minit mana dia nak cari pelanggan lain. Ingat mereka pun cari rezeki untuk anak bini jugak.

Jangan anggap ambil gambar ni senang, kalau senang sesiapa sahaja boleh jadi jurugambar. Kalau nak diikutkan, kadang-kadang harga yang jurugambar tawarkan itu biasanya tidak setimpal dengan ilmu dan kemahiran mereka. Itu tidak termasuk gadget yang berbelas ribu ringgit yang mereka belanjakan. Kamera, lens dan semua gadget tu pulak perlu di servis. Kursus-kursus yang mereka masuk lagi habis ribu riban. Nampak je senang tekan butang je jadi gambar. Tapi anda tidak tahu dalam kepala otak jurugambar tu sentiasa berfikir, anda berubah tempat sikit pun dah kena setting lain, dia nak ingat posing lagi, nak sesuaikan posing dengan gaya anda lagi, nak buat lawak supaya anda senyum lagi, nak menjawab soalan-soalan makcik bawang lagi. Pendek kata ianya pekerjaan yang memenatkan.

Wedding Photgraphy Bridal Kelantan Pelamin


Dan akhir sekali jangan lupa survey pakej Wedding Photographer dari GS Moments juga ya. GS Moments menawarkan pakej foto kahwin dengan harga berpatutan. Photographer kami adalah terlatih dan professional. Pastinya hasil yang terbaik dan berkualiti yang akan anda perolehi untuk disimpan sebagai kenangan  buat selamanya.

GS Moments dibawah syarikat Giling Studio beroperasi di Kota Bharu, Kelantan selama lebih dari 5 tahun. Kami menawarkan pelbagai servis berkaitan gambar dan video di sekitar Kelantan dan Terengganu khususnya. Kami juga menawarkan servis Photographer dan Videographer di seluruh Malaysia dengan mengenakan caj tambahan mengikut jarak yang perlu kami pergi.

Lawati Facebook GS Moments dan Instagram @gsmoments atau terus whatsapp ke wasap.my/60143347464

foto kahwin murah kota bharu

jurugambar perkahwinan kelantan, jurugambar perkahwinan terengganu, jurugambar perkahwinan pahang, jurugambar perkahwinan selangor, jurugambar perkahwinan kuala lumpur, jurugambar perkahwinan johor, jurugambar perkahwinan melaka, jurugambar perkahwinan negeri sembilan, jurugambar perkahwinan perak, jurugambar perkahwinan kedah, jurugambar perkahwinan pulau pinang, pakej jurugambar perkahwinan murah, wedding photographer kota bharu, wedding photographer kuala lumpur, wedding photographer shah alam, wedding photographer kuala terengganu, wedding photographer kuantan, wedding photographer ipoh, foto kahwin lembah klang, videographer kelantan, videographer kuala lumpur, pelamin murah kelantan, bridal kelantan, mua kelantan, pakej pelamin bridal catering photgraphy kelantan, baju pengantin kelantan, wedding dress, malay wedding dress, malay wedding photography, professional wedding photographer, harga pakej jurugambar photographer seluruh malaysia. tips perkahwinan, tips sebelum kahwin, tips untuk bakal pengantin lelaki dan wanita 

No comments:

Post a Comment

MUST READ