Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah

Siapakah disebalik nama Sayyed Muhammad? Sayyed seorang manusia yang memiliki kekuatan yang sangat menakjubkan. Dengan keizinan Allah SWT, Sayyed memiliki kekuatan bersamaan 30,000 kekuataan manusia normal. Subhanallah.
Sayyed Muhammad berasal dari Mesir dan doktornya telah mengesahkan yang beliau mempunyai kekuatan 260 kuasa kuda bersamaan 30,000 kekuatan manusia biasa. Malah kekuatan seorang manusia biasa tidak sampai satu kuasa kuda sekalipun. Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada beliau dan beliau tidak menggunakan kelebihan itu untuk menunjuk-nunjuk serta melakukan perkara tidak baik. Alhamdulillah, Allah bukan sahaja memberikan beliau kelebihan luar biasa,namum beliau juga dianugerahkan dengan sifat merendah diri.

Sayyed yang cuba untuk menyembunyikan kekuatan yang diwarisi oleh bapanya itu mempunyai 35 orang anak dan 4 orang isteri. Katanya dalam temuramah oleh stesen televisyen tempatan, oleh kerana mempunyai kekuatan yang luar biasa, beliau juga tidak boleh lari dari desakan seks yang kuat sehingga beliau memerlukan 15 kali seks setiap hari untuk memenuhi kehendak batin beliau. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah tidur seumur hidup beliau. Oleh itu beliau memerlukan lebih dari seorang isteri untuk bergilir-gilir memenuhi kehendak batin beliau.

Sayyed Muhammad turut mengakui beliau pernah menjadi tahanan didalam penjara kerana dianggap pembelot dalam tentera namun beliau telah diampunkan oleh presiden Mesir. Sayyed tidak mahu menyertai tentera sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak mencedarakan sesiapa kerana kekuatan luar biasa yang beliau miliki. 

Bapa kepada Sayyed turut memiliki kekuatan luar biasa malah lebih hebat dan beliau mewarisi kekuatan itu dari bapanya. Bapanya memiliki kekuatan 840 kuasa kuda berbanding beliau hanya 260 kuasa kuda. Tidak hairanlah beliau boleh membengkokkan syiling hanya menggunakan mata dan mematahkan syiling hanya menggunakan tangan. Oleh sebab faktor kekuatan yang amat hebat, doktor menasihatkan kepada beliau untuk tidak bekerja bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Alangkah terkejutnya kita mendengar berita sebegini. Kuasa Allah Ta'ala, Allah memberikan kelebihan kepasa Sayyed Muhammad dan beliau tidak berlagak sombong sepertimana didalam temubual didalam stesen televisyen. Beliau tidak putus-putus memuji kebesaran Allah SWT dan bersyukur kepadaNya atas kekuatan luar biasa yang dimiliki.


Lihat temubual Sayyed Muhammad :






4 comments:

  1. wah..tak sangka ada org yg kuat cmni..leh angkat keta lg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan guna klebihan ni buat benda xbaik sdh..kn?

      Delete
  2. Subhanallah...semoga Sayyed senantiasa terpelihara dan dalam lindungan Allaw SWT...

    ReplyDelete
  3. klu mcm ni bleh jadi pejuang jihad yg hebat

    ReplyDelete

MUST READ