Gadis Malaysia Tidak Bermaruah - Menjatuhkan Imej Islam

MEMALUKAN! memang sangat-sangat memalukan agama dan bangsa. Dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam. Mereka membayangkan gadis Melayu yang berhijab, sopan santun dan pemalu. Tetapi hakikatnya segelintir daripada mereka ini mencemarkan dan menjatuhkan imej Islam.


Wanita-wanita berhijab lain diluar sana paling kuat terkena tempias atas tindakan segelintir manusia jahil agama ini yang memuja sesama manusia lebih dari penciptaNya. Malas hendak bercerita panjang anda nilai sendirilah gambar ini.



Akibat terlalu taksub dengan artis Kpop mereka sanggup menggadai maruah mereka di atas pentas dan disaksikan oleh ribuan orang. Malah lebih teruk kini mereka telah disaksikan oleh jutaan orang di seluruh dunia di alam maya. Mungkin kini tiada lagi rasa hormat orang asing terhadap wanita berhijab.

Sebelum ini sudah kecoh di Thailand. Mereka menyifatkan wanita Malaysia tidak tahu malu dek kerana ramai perempuan Malaysia menggilai pemain bolasepak Thailand dan memberi komen-komen memuja dan taksub kepada pemain berkenaan di laman sosial,

Harap selepas ini tiada lagi isu seperti ini yang boleh menjatuhkan imej negara malah imej Ummat Islam di seluruh dunia.





No comments:

Post a Comment

MUST READ