DISEBALIK KEKALAHAN HARIMAU MALAYA DI TANGAN SINGAPURA

Gambar diatas menggambarkan betapa layunya anak buah Rajagopal di laman sendiri ketika bertemu Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Kekalahan 3-0 di tempat sendiri bagi aku cukup memalukan dengan keyakinan coach lontarkan sebelum ni walaupun tewas dan seri dalam perlawanan persahabatan sebelum kejohanan bermula. Dimana silap semua ni?


AFF SUZUKI CUP 2012Ya menang kalah adat permainan, tapi kita harus perbaiki kelemahan yang nampak ketara didalam pasukan sekurang-kurangnya untuk mempamerkan aksi yang dapat menghiburkan penyokong walaupun tewas. Kita mempunyai liga yang cukup baik jika dibandingkan dengan Singapura, ianya sendiri diakui peminat bola sepak dari seberang tambak Johor itu. Walaupun dari segi gred liga kita di belakang liga Singapura kerana Liga kita yang tidak diswastakan, namun kualiti Liga Super khususnya adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Jadi semestinya kita mempunyai pemain yang ada kualiti. Rasanya kalau nak diukur dengan perlawanan Malaysia dengan Singapura tadi dan sebelum-sebelum ini, aku rasa skuad Ong Kim Swee lebih hebat.

Aku bukan nak kutuk pasukan negara sendiri, bukan tidak sokong negara sendiri dan bukan nak menyebelahkan mana-mana pihak. Aku sebagai peminat bolasepak tanah air cukup kecewa dengan persembahan anak buah Raja terutamanya bahagian tengah ketika perlawanan bertemu Singapura tadi. Kalau macam ni persembahan sebenar skuad Harimau Malaya, jangan bermimpi la nak lepas peringkat kumpulan.

Aku tak tahu apa yang Raja fikirkan, beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam liga turut dipanggil untuk menyertai kesebelasan utama. Mungkin dia lebih kenal pemain dia, tapi pada hakikatnya dia TIDAK KENAL PEMAIN-PEMAIN DALAM LIGA SUPER.

Aku nak buat sedikit perbandingan antara Malaysia dengan Singapura. Perbandingan dia mudah sangat, Pasukan singapura diwakili oleh sebahagian besar pasukan Lions yang bermain dalam Liga Super. Semestinya keserasian tidak perlu ditekankan sangat oleh jurulatih mereka. Malaysia pula kalau diperhatikan betul-betul kesebelasan utama, Penyerang dari pasukan Kelantan dan Pelita Jaya, tengah Selangor, 2 pemain Kedah(turun Liga Perdana), Negeri Sembilan dan Harimau Muda. Pertahanan pula dari pasukan Harimau Muda, Selangor dan dua pemain ATM yang hanya didedahkan dengan perlawanan-perlawanan di liga perdana. Sungguh warna-warni pasukan Rajagopal.

Aku bukan nak salahkan pemain atau nak menghina pasukan dari liga Malaysia, tapi kalau dilihat secara mata kasar Rajagopal hanya lebih cenderung untuk memilih pemain yang pernah mewakili Malaysia dan berumur dibawah 30. Pemilihan sama sekali tidak diukur dengan prestasi semasa pemain.



Tidak salah rasanya Rajagopal memanggil pemain yang berusia seperti Hairudin Omar, Badhri Radzi, Amri Yahya, Indraputra kerana mereka adalah pemain yang menunjukkan aksi konsisten dan mempunyai kualiti yang tinggi. Adakah faktor usia yang dipandang Rajagopal? Kalau main bagus, umur 40 tahun sekali pun tidak salah kalau nak dipanggil.

Pemain berpotensi Failee Ghazali
Terengganu dan Perak antara pencabar kuat didalam Liga Super. Tetapi dimana pemain pasukan Perak? kenapa tidak sekurang-kurangnya memanggil Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin untuk sesi pemilihan? Pertahanan Kelantan melepaskan bolos paling sedikit didalam Liga Super, mana pertahanan Kelantan dalam skuad Raja? Nazmi Faiz pula memberitahu media yang dia tidak dipanggil untuk sesi pemilihan sedangkan Beira Mar sedia melepaskannya.


Kesemua Negara jika kita lihat, mengambil rata-rata pemain Top 3 didalam liga mereka. Memanggil pemain Veteran jika mempunyai kualiti yang lebih baik. Rajagopal ni macam memilih bulu je. Mungkin FAM yang arahkan beliau, atau beliau bertindak sendiri dengan terlebih konfiden.

KOMBINASI TIDAK MENJADI

Aku nampak Safiq Rahim tidak berfungsi langsung didalam perlawanan bertemu Singapura. Sama seperti perlawanan persahabatan sebelum ni dan perlawanan ketika mewakili Selangor. Begitu juga Amar, pada babak pertama aku boleh kira dengan jari berapa kali dia pegang bola. Buat intercept memang langsung la. Dengan Pemain yang sedia ada, aku rasa Baddrul dan Shakir Shaari/Gary patut diberu peluang. Gary pemain yang Aggresif dan gemar memotong bola, Shakir pula mempunyai ketenangan dan hantaran yang baik. Safiq Rahim gemar mengutip bola dari bawah dan dia semestinya tidak sesuai untuk digandingkan dengan Gary atau Shakir.

Faiz Subri
Prestasi Kunalan tidak seperti kejohanan AFF sebelum ni. Tetapi dia masih mempunyai kelajuan yang pemain lain dalam skuad Rajagopal ni tiada dan dia masih boleh diberi peluang  kerana sudah terlambat untuk memanggil Azwan Roya. Semasa perlawanan dengan Singapura, kemasukan Mahali di bek kanan bukan sahaja membantu pertahanan malah menenggelamkan persembahan pemain sayap Wan Zack yang menggantikan Khyril. Kita memerlukan pemain sayap yang laju dan boleh membawa masuk bola kedalam kotak penalti. Faiz Subri dan Farhan ataupun Amirul Hadi antara yang layak sebenarnya di posisi ini namun dengan skuad yang ada, rasanya Alex lebih sesuai di sayap kanan.

Posisi Pertahanan pula bagi aku Mahali patut disenaraikan dalam kesebelasan utama. Pemain-pemain bek kiri kanan harus lebih kerap dan berani untuk melakukan overlapping, bukannya asyik bagi bola kat penjaga gol. Manakala penyerang antara Shahrul dan Safee patut dikekalkan kerana tidak patut diukur persembahan mereka sebelum ini dengan jentera tengah tidak hidup. Khairul Fahmi yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi nampak goyah dan aku rasa Farizal Marlias patut diberi kepercayaan.

Aku bukanlah pakar bola sepak, bukanlah coach yang berjaya.. Tetapi idea busuk aku ni tertulis tatkala aku membandingkan Persembahan Rajagopal dengan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia. Kerana Aku Peminat Liga Malaysia. Aku harap game lepas ni pasukan Harimau Malaya boleh buat sesuatu.

2 comments:

  1. betul tu.. Duric yang umur 42 pon dia masuk terus dia jaringkan gol..

    ReplyDelete
  2. betul..mmmmm mcm mana keadaan h.malaya.. obie tetap teguh menyokong dari belakang... satu lagi kalau blea jgn r turunkan aidil zaquan tu rasa ada lagi player lain yg bagus blea beri peluang... beri peluang pada yg baru, bukan dia x bagus tapi perlu juga lihat player lain... apa pun yg lama yg mantop..tetap pilihan!

    ReplyDelete

MUST READ