"IANYA SEBENARNYA TELAH DIRANCANG SEBELUM MOYANG KITA LAHIR LAGI. MEREKA BUAT IANYA BERLAKU SECARA KEBETULAN. INI BUKAN LUMRAH HIDUP TAPI IANYA TENTANG KAWALAN MINDA.."
Perasan atau tidak anda semua, hidup kita ini seperti mencari sesuatu yang kita sendiri tidak pasti apa yang perlu dicari. Mari kita merenung sejenak dan berfikir tujuan hidup kita sehari demi sehari.........
Anda tidak rasa kita telah buat sesuatu yang sama setiap hari? Cuba renung lagi.... Pergi kerja/belajar, berfacebook, tengok TV, hujung minggu jalan-jalan/shopping/lepak dan seterusnya hari demi hari, minggu demi minggu,bulan demi bulan....
Mari kita pergi dengan lebih dalam. Tahukah anda kita ini seolah-olah di set kan oleh suatu organisasi yang kita sendiri tidak tahu organisasi apa? kenapa saya cakap macam tu? Cuba lihat LIFE anda dan orang sekeliling anda... Seawal umur 6 tahun kita disuruh ke tadika, selepas itu ke sekolah rendah target 5A UPSR, PMR 8A, SPM 9A, sambung belajar ke IPTA/IPTS, berhutang untuk belajar, buat lesen,dapat kerja, bayar pinjaman belajar, buat loan beli kereta, loan lagi, beli rumah, gaji tak naik, loan lagi buat bisness cari duit lebih, bayar cukai itu dan ini, bayar saman tak kira lagi keperluan lain, kehendak lagi.... Nampak macam saya ingin salahkan kerajaan kan? Tapi tidak.. Bukan sahaja di negara kita, malah orang lain di seluruh dunia mengalaminya... kita seolah-olah telah dikawal oleh sesuatu untuk menentukan apa yang kita perlu buat dalam kehidupan... KEHENDAK TELAH MENJADI KEPERLUAN.. perasan?
CONTOH PALING MUDAH UNTUK BEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Kita hanya perlu makan untuk hidup kita tak perlukan KFC,Pizza, McD dll.. Contoh lain,kita hanya perlukan telefon untuk berhubung tapi kita nak Blackberry,Iphone dll, kita perlu kereta untuk kemana-mana kita tak perlukan Mercedes, BMW dll... Contoh ni untuk di zaman kita, cuba kita lihat kebelakang sikit.. Orang dulu tak guna telefon pon untuk jumpa rakan-rakan, tak perlu ada kereta pun untuk kemana-mana..
Jadi kereta,telefon dan pelbagai benda lain yang menjadi KEPERLUAN sekarang ini hanyalah KEHENDAK di zaman sebelum ni...
Para pencipta di masa dahulu hanya mencipta sesuatu sebagai kehendak dizaman mereka, namun menjadi keperluan di zaman kini. Apa yang akan terjadi di zaman akan datang? Tahukah anda siapa yang mempengaruhi kehendak kita?? gambar di bawah boleh bagitahu kita...
Sedar atau tidak pinjaman bank kini menjadi keperluan kepada manusia untuk menjalani kehidupan normal. Sedar tak anda,kita dikelilingi hutang untuk teruskan hidup? Kita dikerah bekerja dengan kerajaan dan kita diperlukan untuk berhutang pula dengan mereka untuk membeli rumah,kereta dan sebagainya. Bukan salah kerajaan kita.. Kerajaan kita juga hanya menurut sepertimana negara-negara lain lakukan.. Benda ni tersangat halus seperti ianya lumrah kehidupan yang terpaksa kita tempuh. TAPI IANYA SEBENARNYA TELAH DIRANCANG SEBELUM MOYANG KITA LAHIR LAGI. Mereka buat ianya nampak berlaku secara kebetulan. (akan bersambung)
Ha'ah...macam saya ni pak jhu...umur baru 26 tahun...personal loan...PTPTN (yang ni time sebelum keja dah menunggu)...tapi kalo tak buat semua tuh macam mana? bukan kerajaan seru pun...semua tuh atas kehendak sendiri, pelajaran semua, kalo saya taknak semua tuh, saya buat bendang, takdala hutang ptptn, nak kawen mau2 20k keluar, takkanla nak menyimpan, mau umur 30 lbey baru dapat kawen, dah tak produktif :P...tapi manusia akan ambil jalan mudah, cari orang untuk tunding jari... ->KERAJAAN. Anyway, saya nak komen kat chatbox tapi takmau load ar..hehe
ReplyDeleteahaha.. nantikan point sterusnya yer.. sory lme xupdate.. sy keluar bertapa bulan lepas.. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete