Perasan tak anda amalan korek hidung pada zaman kanak-kanak adalah sifat semula jadi manusia. Sifat ini tidak pernah diajar oleh sesiapa, namun selepas meningkat dewasa amalan mengorek hidung ini tidak lagi dipraktikkan oleh manusia kerana desakan masyarakat yang menyebabkan kita rasa malu dan menyifatkan benda itu sesuatu yang jijik untuk dilakukan.
Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan,dakwa seorang doktor tekenal di Austria. Pakar paru-paru beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bichinger berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat,lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.
Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu. "Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan." katanya.
Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.
"Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma." katanya.
Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa sisebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.
"Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya secara perubatan, ia idea yang baik." katanya.
Prof Bischinger juga mengatakan, jika seseorang bimbang mengenai tanggapan jiran, mereka boleh mengorek hidung di tempat sulit. Jadi sesiapa yang berasa malu untuk korek hidung sila la ke tandas untuk mengorek dan memakan sisa hidung anda. :)
adeh..loya tiba-tiba..huhu
ReplyDelete