Ucapan Hari Raya Dari Pakjhu

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah pon berada di penghujung Ramadhan. Walaupun amat berat untuk kita sama-sama meninggalkan bulan yang penuh mulia ini dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah SWT, namun kedatangan Syawal tidak lama lagi seharusnya kita raikan sebagai tanda kejayaan yang diperolehi sepanjang bulan Ramadhan dimana kita menahan nafsu dan melipat gandakan ibadah kita selama ini. 
        Kali ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelawat yang sudi melawat blog aku ni. Disini juga tersusun 10 jari aku untuk meminta maaf keapada semua jika ada entri-entri atau komen yang telah menyentuh perasaan dan membuatkan kamu-kamu semua tersinggung. Pengalaman sepanjang mendaftar sebagai blogger semenjak 2010, ini lah post pertama aku yang berkaitan dengan hari raya. Antara blog aku yang  terawal ialah Bola Station (maaf lama xupdate bolastation atas sebab kesibukan yang teramat) xpernah pula aku buat post raya. Setelah lama menyepi dengan Bola Station, mulalah idea untuk aku buat satu blog yang lebih umum dan bebas iaitu Pakjhu.

         Nampaknya dari ucapan raya aku telah melalut benda lain plak..sory2.. berbalik pada ucapan aku tadi, aku juga ingin berpesan kepada semua lapisan masyarakat xkira kecik besar tua muda supaya berhati-hati main mercun. Emmm..atau bila difikirkan balik xpayah nak main2 mercun la. Dah banyak kes budak-budak putus jari,putus tangan akibat mercun ni.. xngeri ke wuuuuu~~ bila makin dekat dengan raya makin menjadi-jadi bunyi mercun ni. dah jadi macam zaman perang plak. 

         Yang ingin pulang ke kampung halaman pulak,mintak berhati-hati lah dijalan raya, rancang perjalanan betul-betul, pandu secara berhemah, patuhi peraturan lalulintas dan yang paling penting sekali jangan lupa isi minyak..haha.. Dalam kita bergembira dan beriang ria dihari raya janganlah pula kita lupa kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik diluar sana. Seperti Umat Islam di Rohingya, bagaimanakah mereka-meraka ini dalam persiapan hari raya? kita kena banyak berdoa akan kesejahteraan mereka dan perlu untuk kita bersyukur kerana berada di negara yang masih aman dan makmur ini. 

          Akhir sekali, aku nak endingkan post kali ini dengan lagu raya yang paling aku minat..harap terhibur :




1 comment:

MUST READ