Benar kata seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu tazkirah ringkas semasa beliau melawat dan membantu mangsa banjir di Kuala Krai. Musibah banjir ini adalah ujian dari Allah Taala. Bencana banjir seperti ini bukan datang hanya untuk menguji penduduk yang dilanda banjir, tetapi mereka yang tidak menjadi mangsa banjir turut diuji malah dengan lebih hebat lagi. Ujian untuk bukan mangsa banjir adalah ujian hubungan sesama manusia. Adakah kita memberi sumbangan kepada saudara-saudara kita yang ditimpa kecelakaan. Apakah kita hanya tengok sahaja tanpa mengambil sedikit pun tindakan untuk membantu.
Saya tertarik dengan seorang yang boleh dikatakan Hero Banjir Kelantan, Raja Shamri yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kelantan. Walaupun beliau seorang yang kurang upaya, namun beliau masih lagi boleh turun membantu malah lebih hebat dari orang kebiasaan. Banyak dugaan yang dilaluinya sepanjang menjadi sukarelawan, Insyallah saya akan menulis lagi tentang diri beliau dan keadaan banjir di Kelantan dalam artikel saya seterusnya Wira yang tidak didendang. Sebak rasanya bila mendengar cerita darinya. anda juga boleh ke fanpages facebook Raja Shamri untuk melihat sendiri update yang dari masa ke semasa oleh beliau sendiri. Atau anda boleh singgah ke blog beliau Abangraja.com .
Dalam pada itu syarikat swasta juga banyak menolong dari segi memberi bantuan makanan dan pakaian. Ngo-ngo juga turun padang membantu membersih kawasan yang dilanda banjir terutama di sekolah-sekolah. Saya juga turut ingin berkongsi syarikat sewa kereta di Kota Bharu sedia memberi harga istimewa kepada mangsa banjir ataupun kepada individu yang ingin pergi membantu mangsa banjir dari seluruh negara. Penghantaran percuma di seluruh negara. Pada yang diluar Kelantan boleh la datang membantu dan mereka sedia menjemput anda dari Airport atau stesen bas dengan percuma. Sesiapa berminat boleh lawat di blog KeretaSewaKotaBharu.
No comments:
Post a Comment