Lelaki diburu polis serah diri kerana Saiful Apek
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.
Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.
Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MUST READ
-
Kelantan adalah negeri yang unik bukan sahaja dari segi kebudayaan, malah dari sudut pandang ekonomi di negeri ini juga sedikit berlainan ...
-
Dan di bawah ini sukacita untuk aku berkongsi dengan sesiapa yang sudi "menerima kongsi" aku dan kepada yang terbaca "kek...
-
Jurugambar perkahwinan adalah profession yang sangat berisiko. Detik majlis perkahwinan anda tidak boleh diulangi. Adalah menjadi tangg...
-
Mencari pakej photographer dan videographer di Kelantan? Hubungi kami segera untuk tempahan slot sebelum penuh! ‼️PAKEJ PHO...
minat gile die kat saiful apek tu
ReplyDeletewuahhh biaq tol ni!!! dahsyat tol aura apek ni hihihi...
ReplyDeleteamboi sampai camtu sekali..
ReplyDeletedasyat penagan saiful apek.. respect!
ReplyDelete