SKIM RUMAH PERTAMA KELANTAN - Majoriti Orang Kelantan Tidak Tahu

 

Skim Rumah Pertama Kelantan

Kelantan adalah negeri yang unik bukan sahaja dari segi kebudayaan, malah dari sudut pandang ekonomi di negeri ini juga sedikit berlainan daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Orang Kelantan sinonim dengan perniagaan, bukan sahaja di tempat asal mereka, rakyat Kelantan ramai berhijrah seluruh pelusuk negara mencari peluang dan ruang untuk memulakan perniagaan.
Berniaga seolah sudah sebati dalam diri orang Kelantan dan tidak salah rasanya untuk menyifatkan perniagaan ini telah menjadi budaya bagi rata-rata Anak Kelantan. Mana tidaknya, kajian menunjukkan 60 peratus pekerja tetap di Malaysia yang menjalankan perniagaan sampingan adalah daripada Anak Kelantan.

Untuk pengetahuan bersama, definisi Anak Kelantan terbahagi kepada 5:
  1. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
  2. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
  3. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
  4. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
  5. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.

Status Anak Kelantan ini adalah penting bagi sesiapa yang ingin memiliki hartanah di Kelantan. Inilah uniknya Kelantan, bukan sahaja dari segi budaya dan ekonomi, syarat untuk memiliki hartanah di Kelantan juga berbeza dengan negeri lain. Pemilikan hartanah di Negeri Kelantan hanya boleh dimiliki oleh Anak Kelantan sahaja!

Kalau dalam sektor hartanah, di Kelantan sangat terkenal dengan perkataan "Bina Rumah di Atas Tanah Sendiri". Ini sudah menjadi tagline kebiasaan bagi kontraktor di Kelantan yang membina rumah secara tunai untuk orang Kelantan. Ya secara tunai! Kebanyakan orang Kelantan yang berniaga atau bekerja sendiri membina rumah secara tunai disana.

Namun tren ini dilihat semakin menurun dengan kenaikan nilah hartanah yang sangat tinggi. Ini sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk membeli hartanah. Tren ini sedikit merisaukan pakar-pakar ekonomi yang bimbang sektor hartanah di Kelantan menjadi perlahan kerana hanya Anak Kelantan yang boleh membelinya.

Lebih mengejutkan, dari analisis data-data melalui permohonan skim-skim bantuan pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan, rakyat negeri Kelantan adalah antara yang kurang memohon dan menggunakan manfaat ini. Adakah mungkin selama ini mereka tidak sedar (terutamanya golongan peniaga dan bekerja sendiri) akan kewujudan Skim Rumah Pertamaku, Skim Jaminan Kredit Perumahan, MyHome, MyDeposit dan bermacam-macam lagi.

Skim-skim yang disebutkan ada yang sudah berbelas tahun ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia. Amatlah sayang sekali jika masih ada yang belum mengetahuinya. Sekarang skim-skim tersebut sudah lagi tidak diteruskan. Yang tinggal sekarang hanya Skim Jaminan  Kredit Perumahan (SJKP) yang membantu pemilik rumah pertama membuat pinjaman dengan lebih mudah.

Berita baik untuk Rakyat Kelantan, dengan masih adanya SJKP, Koperasi Pembangunan Usahawan Hartanah Negeri Kelantan (KOHAB - Kelantan) dengan kerjasama LPPSA, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan MAYBANK melancarkan SKIM RUMAH TANPA DEPOSIT bagi memberi inisiatif tambahan untuk Anak Kelantan membeli rumah. Inisiatif ini bertujuan untuk merancakkan kembali sektor hartanah di negeri Kelantan selain ingin membantu golongan bumiputra terutamanya yang berniaga atau bekerja sendiri untuk memiliki hartanah. 

Dengan SKIM RUMAH TANPA DEPOSIT khas untuk Anak Kelantan, pembeli boleh memohon pembiayaan dengan lebih mudah tanpa perlu mengemukakan pendapatan cukai. Hanya penyata bank dan salinan SSM diperlukan untuk memohon.

Melalui Skim Rumah Tanpa Deposit - Kelantan, pembeli hanya perlu bayar pinjaman secara bulanan sahaja selepas rumah siap tanpa perlu mengeluarkan kos awalan seperti berikut:
  • Tanpa Deposit
  • Tanpa Bayaran Tempahan (Booking Fee)
  • Percuma Perjanjian Pinjaman (Loan Agreement)
  • Percuma Yuran Guaman (Sales & Purchase Agreement)
  • Percuma Kos Tukar Hak Milik (Memorandum of Transfer)
  • Percuma Stamp Duty (Pemilikan Hartanah Pertama)
  • Percuma Stamp Duty (Untuk Pemilikan Hartanah ke-2 dan tertakluk kepada terma dan syarat pihak terbabit)

Sementara kerajaan menawarkan SJKP ini, Anak Kelantan haruslah merebut untuk menggunakan manfaat ini. Rata-rata yang memanfaatkan skim ini di negeri lain adalah daripada bukan bumiputra, Amatlah rugi jika bumiputra tidak menggunakan peruntukan oleh kerajaan dan membiarkan orang lain mengambil manfaat.

Bagi yang ingin memohon boleh klik pada pautan dibawah:
MOHON SKIM RUMAH PERTAMA KELANTAN
BANTUAN RUMAH MAMPU MILIK KELANTAN

No comments:

Post a Comment

MUST READ