Cerita sebenar kejadian pelajar putus kedua kaki di langgar lori



Cerita sebenar kejadian pelajar putus kedua kaki nya semalam
SABAK BERNAM, 18 Jan: Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, putus kedua-dua di bawah paras lutut selepas dia digilis oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang di sini petang tadi.

BH Online melaporkan mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, di dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.
Dalam kejadian tersebut, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama yang cuba memintas sebelum mangsa tercampak.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari sekolah ke rumahnya di Parit 16, Sungai Panjang.
"Akibat pergeselan itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya, manakala kakak tirinya tercampak ke kiri jalan.
"Siti Nuraisyah yang tidak sempat mengelak, digilis sebuah lori yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kakinya terputus, manakala kakak tirinya hanya cedera ringan di badan dan terseliuh kaki kanan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Tambah Nor Azmi lagi, Siti Nuraisyah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dia dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Nor Azmi meminta pemandu kereta dan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut supaya menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242613 bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav

Sumber Berita Harian

No comments:

Post a Comment

MUST READ