Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013
Pihak polis juga memberitahu bahawa kedengaran suara budak meminta tolong didalam villa berkenaan adalah tidak benar.
Kisah Villa Nabila menjadi topik hangat didalam laman sosial apabila ramai mengatakan 23 orang remaja ghaib dipercayai diganggu makhluk halus. Menurut penduduk tempatan villa ini sememangnya keras dan telah ramai yang hilang disini.

Video penjelasan polis tentang 23 orang remaja hilang di Villa Nabila
No comments:
Post a Comment