Isu Semasa Bersama Aku


Waaaahhhh aku baru saja keluar daripada hutan dan tidak dapat mengupdate blog ni atas faktor tiadanya kemudahan internet. Dan selepas post ini berkemungkinan sebesar gajah aku akan kembali menghilangkan diri di alam maya ini.Yaa aku akan kembali ke hutan rimba kerana faktor memenuhkan ilmu didada dan mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan rakan-rakan terdekat. bla bla bla bla bla bla bla bla...

Hampir sebulan tidak melihat media elektronik rasanya macam tersangatlah ketinggalan zaman. Isu-isu semasa dalam dan luar negara langsung tidak diupdate dalam otak aku, jadi timbullah persoalan yang bertimbun-timbun diajukan kepada rakan-rakan di kedai kopi.

Jadi disini aku hanya ingin berkongsi benda yang korang semua dah tahu jela, dan untuk menarikkan lagi tulisan aku kali ini, akan ku olah beberapa isu-isu ini dari sudut pemikiran aku.


Pertama sekali yang paling heboh selama sebulan ketiadaan aku ini ialah pasal bola. Harimau Malaya hanya gah pada nama sahaja. Bukan disebabkan kegagalan skuad negara untuk mempertahankan piala yang menjadi isu, tetapi kualiti dan taktikal yang dipamerkan amatlah mengecewakan. Ya kita ke separuh akhir pada kejohanan itu, tetapi anda lihat pada statistik setiap perlawanan Malaysia, sungguh mengecewakan. Kita mempunyai barisan pemain-pemain yang lebih mahal dari pasukan Thailand, tetapi kualiti yang Thailand miliki jauh lebih baik. 8 perlawanan terakhir, Malaysia hanya peroleh 2 kemenangan, 3 seri dan 4 KEKALAHAN. Macam mana nak layak ke Piala Asia nanti? Salah siapa semua ni? Apa perlu buat? nak tahu, tepuk dada Klik Sini.

Sudah bebel pasal bola, nak bebel pasal zionis laknatullah pulak. Hari tu kecoh pasal boikot McD dan barangan yahudi. Namun ada segelintir antara kita yang masih tidak turut sertai kempen boikot ni. mat-mat saleh negara luar pon sibok berkempen boikot barang yahudi, kita ni orang Malaysia,Melayu, Islam pulak tu selamba je pergi McD. Ya memang banyak lagi jenama dan produk-produk lain keluaran yahudi dan disalurkan ke tentera yahudi, namun McD adalah penyumbang yang terbesar kepada mereka. Kenapa? senang je aku nak jawab. Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes kedai makanlah antara bisnes yang dapat keuntungan tinggi. "Kalau boikot pon apa la sangat kesan kat yahudi tu." Weii, kalau bukan kita siapa lagi??  Kita boikot hari ini memanglah tak boleh menjatuhkan yahudi tu esok. Tetapi kita boikot hari ini sebagai satu permulaan untuk anak-anak cucu kita, supaya mungkin 30 tahun akan datang fikiran mereka telah pon terdidik dengan tidak menggunakan barangan yahudi. Itu yang penting. Ingat, kekuatan sesuatu negara bergantung kepada ekonomi mereka.

Selesai dua isu, byk lg ni dalam palotak aku, tapi malas la pulak nak taip. !@#$%^&*

No comments:

Post a Comment

MUST READ