Rokok Air Kencing Syaitan


SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK - Rokok Berasal Daripada Air Kencing Iblis dan Syaitan Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” 

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” ( Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan-rakan yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini. - DR Muhammad Zain

Tengah membelek-belek kat Encik Google, Pakjhu terjumpa artikel ni. Selama ni Pakjhu tak tahu yang rokok juga berasal dari air kencing syaitan. Pakjhu dah utarakan soalan tentang kesahihan hadis ini kepada seorang ustaz, beliau juga baru sahaja mendengar tentang hadis ini. Siapa-siapa cerdik pandai yang membaca artikel ini boleh la menyatakan kesahihan tentang hadis di atas.

Tapi bagi Pakjhu, merokok adalah tabiat yang membahayakan kesihatan. Ianya sama macam membinasakan diri atau dalam kata mudah "cari penyakit". Islam juga mengajar kita untuk menjaga kesihatan dan menjauhi perkara yang boleh membinasakan diri. Nasihat Pakjhu kepada perokok-perokok dan diri Pakjhu sendiri, jom kita ikhtiar untuk berhenti merokok. :)

Bagi yang bukan perokok diharap dapat membantu rakan--rakan anda atau suami anda atau kenalan-kenalan yang merokok supaya berhenti merokok, bagi la sokongan dan galakan kepada mereka kerana bukan mudah untuk perokok berhenti merokok. Ini disebabkan tubuh mereka sudah biasa dengan nikotin dan memerlukannya. Jadi berhenti merokok ni kena buat berperingkat, dan memakan masa jugak la. JOM KITA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT !

No comments:

Post a Comment

MUST READ