Pelumba Moto3 Negara Elak Arak atas Podium

12 November - Litar Valencia membawa tuah buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia mencatat keputusan podium kedua dalam kariernya pada perlumbaan penutup tirai Moto3 musim 2012 di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol, semalam. Podium kali kedua ini juga menyebabkan Zulfahmi terpaksa sekali lagi mengelak dari terkena semburan arak oleh pelumba lain.

Syabas kepada Zulfahmi atas kejayaan yang beliau kecapi dan kekuatan rohaninya walaupun beliau antara pelumba handalan didunia. Kejayaan yang dikecapu tidak menghalang dan melalaikan beliau sebagai seorang muslim.


Aksi tunggangan Zulfahmi bersama jenteranya

Diharap selepas kejayaan anak muda dari Banting, Selangor ini mengecap kejayaan podium buat kali kedua, pihak penganjur mengambil inisiatif lain bagi meraikan pelumba yang menaiki podium selain semburan arak.

Lihat video Zulfahmi elak dari terkena arak :

1 comment:

MUST READ