Khairul Fahmi, Leuniey Kahwin 28 Disember Ini


Penjaga gol no1 negara Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember nanti.

Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. 



Khairul Fahmi berkata, walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya. 

"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara. 

"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini. 

Khairul Fahmi, yang dekenali dengan panggilan 'Apek' memaklumkan beliau dan pasangannya memilih konsep 'English Garden Style' untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, di sini, pada 13 Januari 2013. 

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu pada 30 Dis berkonsepkan 'Melayu Kontemporari' manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Cherang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013. 

2 comments:

MUST READ