Artis Melayu, Azhar Sulaiman Mengaku Murtad?


Terkejut juga bila terbaca tentang Azhar Sulaiman mengaku dirinya murtad. Azhar Sulaiman membuat status di laman sosial nya menyatakan yang dia murtad. Fuhh.. rupa-rupanya dia ni terlibat dengan parti politik dan cuba untuk menyindir sebuah parti politik yang lain. Tapi ni bukan caranya sehingga menganggap diri kita sebagai murtad dan menghebahkan dengan lantangnya kepada orang ramai.



Kalau betul status ni dibuat oleh beliau, minta dijadikan pengajaran kepada kita semua dalam berkata-kata. Faham dulu apa itu murtad. Berhati-hati lah bila bercakap sebab ianya boleh merosakkan aqidah dan membawa kepada murtad tanpa kita sedar. Sebagai seorang Islam, kita wajib tahu batas-batas kita sebagai orang Islam termasuk percakapan untuk mengelak daripada terpesongnya Aqidah. Seseorang boleh menjadi murtad dengan melakukan salah satu daripada tiga cara iaitu samada dengan perbuatan, percakapan atau kepercayaan dalam hati secara sengaja. Kalau betul lah ini status yang dibuat oleh Azhar Sulaiman, eloklah dia memperbaharui kalimah syahadah dia, mandi wajib, sembahyang taubat, puasa 40 hari untuk mengaku Islam semula. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

MUST READ