Piala Malaysia 2012 : Review Pasukan-pasukan Bertanding

Empat Kumpulan dalam kejohanan bola sepak terhebat di Malaysia, Piala Malaysia telah terbentuk dengan pasukan-pasukan yang bertanding mempunyai kekuatan masing-masing. Piala Malaysia 2012 merupakan edisi ke 86 Piala Malaysia. Kehangatan edisi kali ini lebih hangat dari beberapa edisi sebelumnya kerana pasukan-pasukan yang bertanding dilihat telah menunjukkan peningkatan dan mutu permainan yang semakin meningkat dengan kesungguhan pengurusan masing-masing untuk memastikan pasukan mereka tidak tercicir dalam memperkuatkan pasukan masing-masing. Saingan Liga Super dan Liga Perdana telah pun melabuhkan tirainya dengan Kelantan dan ATM masing-masing telah memenangi gelaran tersebut. Kelantan dan Terengganu yang berada didalam saingan Piala AFC pula telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan masing-masing telah layak ke saingan kalah mati,namun begitu pertembungan sesama sendiri di pusingan kalah mati menyebabkan Terengganu tewas kepada Kelantan dan Kelantan layak ke peringkat suku akhir buat julung kalinya. Ini menceritakan bahawa liga kita kini menuju pendakian untuk menjadi lebih baik dan mempunyai mutu yang semakin meningkat ditambah pula dengan kehadiran pemain-pemain import berkualiti di setiap pasukan yang bertanding didalam Liga Malaysia.
          Proses Undian Piala Malaysia telah berjalan dengan lancar dimana Kumpulan A bakal menemukan tiga pasukan dari selatan dan satu dari barat tanah air iaitu Lions XII, PKNS FC, Johor FA, serta Johor FC. Lions XII yang mewakili Singapura sebagai pasukan jemputan yang telah lama menyepi didalam saingan Piala Malaysia semestinya mempunyai hajat tersendiri dalam edisi kali ini. Selaku naib juara Liga Super Malaysia, kehadiran mereka semestinya digeruni pasukan-pasukan didalam kumpulan mereka. Kekuatan pasukan ini jelas terbukti didalam saingan liga kerana menjadi satu-satunya pencabar Kelantan didalam liga dengan meninggalkan pasukan ditempat ketiga dengan mata yang agak jauh. Pakar seri liga malaysia iaitu PKNS juga tidak boleh dipandang remeh. Selaku pasukan kelab, pasukan-pasukan lain amat menghormati mereka kerana mereka boleh membuat kejutan dan juga boleh menjadi "pasukan pengacau" untuk saingan kali ini. Tidak lupa juga kehadiran pasukan adik dan abang dalam kumpulan yang sama, Johor FC dan Johor FA. Johor FC dilihat lebih berpeluang berbanding pasukan abangnya Johor FA jika diukur dengan prestasi semasa. Walaupun usaha pengurusan Johor FA sedang giat untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor, namun untuk edisi kali ini Johor FA mungkin memerlukan sedikit ramuan berbeza daripada saingan liga untuk membuat kejutan.
            Kumpulan B pula diklasifikasikan sebgai kumpulan maut dimana gergasi pantai timur Kelantan dan Terengganu serta Kedah dan juara liga Perdanan diundi dalam kumpulan yang sama. Kelantan selaku pasukan yang paling kuat ketikan ini didalam liga Malaysia nampak sedikit berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Namun tidak lupa kepada pasukan lain yang juga mempunyai mutu tersendiri. Setiap pasukan di dalam kumpulan ini mempunyai pemain-pemain yang cukup berkualiti dan berpengaruh di Malaysia. Pertembungan keempat-empat pasukan ini amat menarik dan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan.
         Perak, Negeri Sembilan, Felda United dan juga Sime Darby pula diundi dalam Kumpulan C. Kelebihan dilihat lebih kepada pasukan Negeri Sembilan dan juga Perak, namun kejutan Sime Darby yang mara ke perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini tidak boleh dipandang mudah. Mungkin akan berlaku kejutan didalam kumpulan ini kerana Felda United juga bukanlah calang-calang pasukan didalam saingan liga Super.
             Kumpulan terakhir ialah Kumpulan D yang meletakkan Selangor, T-team, Sarawak dan juga Pahang untuk saingan kali ini. Selangor dengan misi 33 mereka dilihat begitu serius untuk memenagi edisi kali ini. Baik dari segi pengurusan mahupun pemain-pemain, mereka nampak sudah bersedia dari segi mental untuk memastikan impian penyokong seluruh skuad Selangor dan peminat mereka berhasil. Walaupun pada awal musim Selangor menunjukkan prestasi "ala yoyo", namun Selangor kali ini telah bersedia untuk kejohanan yang termasyur di Malaysia ini. Pasukan T-Team yang menunjukkan belang di awal musim liga pula mungkin menjadi salah satu pasukan pilihan yang akan ke peringkat suku akhir. Namun begitu kehadiran skuad Pahang kali ini perlu digeruni mereka. Pahang antara pasukan yang dijangka bakal memberi saingan didalam Liga Super musim hadapan. Mungkin kehadiran mereka kali ini untuk memberi amaran awal bagi pasukan-pasukan dalam Liga Super. Sarawak selaku pasukan "underdog" diharap dapat memberi kejutan kepada pasukan lain kerana mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri.


              

No comments:

Post a Comment

MUST READ