Ada Apa Dengan Perak?

Post pertama untuk blog Pak Jhu, aku nak ceritakan sedikit pasal negeri Perak. Kenapa Perak? Aku bukan lah berasal dari Perak tapi sebenarnya aku berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang. Aku pernah berada di Perak, tapi takde la lama sangat. Dulu aku pernah belajar kat sana, selama aku berada disana aku nk conclude la sikit pasal negeri Perak ni. Tujuan aku bukan nk judge mana-mana negeri atau bersikap racist ke apa. Aku cuma nak berkongsi pandangan dengan pelawat-pelawat blog aku jer. Memang takde unsur-unsur jenayah atau hasutan dalam blog ni. tak pasal-pasal kene ISA lak kan. Ahahha..


Aku bukanlah nak cerita pasal sejarah negeri perak atau pasal sultan perak dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal negeri Perak boleh la ke sini. Bagi pelawat-pelawat blog aku yang berasal dari negeri Perak boleh la bersiap sedia untuk mengembangkan hidung masing-masing sebab aku nak stat puji negeri korang dah ni. Keep reading yer...

        Negeri Perak yang aman makmur dan sentosa ini terkenal dengan rakyat jelata nya yang banyak bercakap.. opps betul ke? Aku pon tak berapa konfem dengan statement tadi. Tapi apa yang aku nampak selama beberapa tahun disana, kengkawan aku yang berasal dari Perak semuanya suka bercakap. Kalau diajak bersembang sampai ke pagi lagi  jawabnyer. Jadi apabila banyak bercakap automatically diorang ni mesra la dengan orang ramai. ape benor tak yob?


          Majoriti penduduk kat sini boleh kata 50% melayu, tapi yang sedikit menduka citakan aku apabila aku berada di Ipoh. Kenapa? sebabnya dikawasan bandar utama di negeri ini di kuasai oleh kaum lain terurtama kaum cina. Lebih memeranjatkan aku apabila pertama kali masuk Ipoh Parade, aku seolah-olah berada di Hong Kong. Tapi mungkin hari tu ramai Melayu tak keluar kot.. kita tinggal kan bab kaum-kaum ni dulu, nanti ada pulak yang xpuas hati ngan aku.


          Bercerita pasal tempat pelancongan pulak, memang banyak tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi kat Perak ni, aku pon tak sempat nk pergi kesemua tempat yang menarik kat Perak ni, cuma dapat dengar dari kengkawan jela. Memang orang Perak tak perlu besusah-susah untuk cari tempat bercuti kerana di tanah kelahiran mereka sendiri banyak tempat-tempat yang boleh dikunjungi. Aku naik jeles jugak ngan orang perak disebabkan benda ni. Ni antara tempat-tempat yang sangat menarik disana :
Taman Negeri Royal Belum
Lumut & Pulau Pangkor
Bukir Merah Laketown Resort
Tu baru tiga aku kasi, ada banyak lagi. Korang google la sendiri malas aku nak letak satu-satu. Tapi keindahan negeri Perak sedikit cacat apabila pengangkutan awam yang kebanyakannya agak daif bagi aku. Malas aku nak citer korang tengok la bas kat negeri ni, aku rasa kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu. betul tak? Orang Perak sendiri pon setuju ngan aku ni..
takdela teruk sangat, tapi tak sesuai dengan status negeri maju.
Tapi apa-apa pun aku telah jatuh cinta dengan negeri Perak, selepas Kelantan mungkin aku boleh jadikan Perak negeri kedua aku. bukan sebab aku nak kahwin ngan orang sana, tapi negeri ni telah banyak mencipta kenangan sepanjang aku berada disana. Kenangan-kenangan bersama-sama teman selama beberapa tahun akan ku abadikan dalam ingatan aku selama-lama. Banyak kenangan pahit dan manis yang telah menjadi memori disini... (macam tak best je ending ni) tapi ni memang ending dah pun malas dah aku nak menaip... bubai

No comments:

Post a Comment

MUST READ